Thursday, 4 July 2013

CANTIK DAN BURUK


Bismillah..
lama nya tidak update blog. lama sangat ni.. last tahun lepas bulan 12 sebelum final exam sem satu.
nak cakap tak ada masa, masa ada je. cuma diisi dengan perkara lain.
pada mulanya nak  menaip isi blog ini dalam bahasa inggeris.
konon mahu memperkasakan penulisan dalam bahasa inggeris kerana masih banyak kurangnya.
tapi tak mengapalah sebab dah lama tak menulis dalam bahasa inggeris. rasa kekok.
padahal baru je baca novel english.. ahhh kekok jugak nak menaip dalam bahasa penjajah itu.

sekarang, aku tengah cuti. cuti setelah setahun menghadap menara gading. ahahah
hidup bila cuti ini mencabar la. terutamanya untuk jaga berat badan. bakal gemuk bila -bila masa ni.
memasak pun setiap hari. lagi laa. mencabar. buku resipi bersepah kat rumah.
internet pun ada kalau rasa nak cuba resipi baru.
makin mencabar ni.
asian food channel, TLC dan macam macam rancangan memasak boleh ku tonton di televisyen.
lagi mencabar.
sebenarnya aku telah memungkiri janji dengan blog ini.
katanya sebelu exam MLS mahu update blog usai exam.
namun baru sekarang meng-update blog.
maaf bahasa campuran. mungkin orang lain lebih mudah faham.


baiklah, mahu cerita tentang kisah hidup. mula mula kisah pelajaran.
secara jujurnya, diri ini masih lagi cuba menyesuaikan diri dengan keadaan di Universiti Malaya.
menjadi pelajar undang undang di fakulti undang-undang terbaik Malaysia bukan senang.(walaupun banyak yang claim universiti itu atau ini law school pertama malaysia) aku tak kisah. bukan kedudukan menjadi ukuran pun. kualiti graduan itu sendiri lebih penting.
baiklah berbalik kisah pelajaran.
ya, soal keputusan peperiksaan ku. alhamdulillah bisa lulus hidup di um. walaupun result sem satu itu suam suam kuku. sem dua ini lagi mecabar. dengan subjek family law yang digeruni oleh ramai mahasiswa fakulti ku. aku pun begitu, sebenaranya aku suka subjek ini. namun apa kan daya kalau suka usaha tak cukup baik tak payah. ada terfikir mahu jadi peguam dalam bidang undang-undang keluarga juga sebab minat subjek ini. tapi hari tu  bila dah duduk kertas family law, rasa beratnya lah terutama part akta akata dan kes.
aku tak suka menghafal satu satu. jujur bila ambil law ingatan kena kuat. tahun dua nanti aku berazam untuk mencari sebanyak mungkin makanan dan supplement yang bantu untuk kuatkan ingatan. tapi sekadar hebat menghafal tak cukup juga andai tak mampu menterjemah apa yang kau hafal dalam keadaan yang baik. itu lebih penting. tapi dua dua sama penting. ingatlah adik adik kalau rasa nak ambil law degree nanti.

tadi perihal pelajaran, kedua perihal keluarga.
kisah keluarga aku, ada berita baik. umi ku sudah dapat pindah ke Putrajaya.
bermakna semua urusan lagi mudah. Alhamdulillah atas doa kaum keluarga.
mudah la nanti hujung minggu boleh balik rumah dan bawak balik bekal ke UM,
macam waktu MRSM dulu.
kalau balik rumah mesti umia akan bekalkan makanan yang banyak hingga boleh kongsi dengan jiran.

ketiga, perihal cinta.
ramai dah tahu, hati ini sudah dimiliki.
ahaha.. lebih baik orang tahu daripada orang tersalah anggap.
namun begitu, perjalanan hubungan ini masih jauh. 
masih banyak yang perlu dijaga dan dibaiki.
insha Allah, jika diizinkan aku mahu bernikah seawal mungkin denga redha Alla dan umi abahku serta keluarga,
 mohon doa daripada semua agar urusan kami berdua dipermudah Allah.
ada terfikir mahu berkahwin ketika belajar. namun banyak lagi yang perlu difikir dan banyak lagi pendapat, saranan dan kritikan agar aku bisa membuat keputusan yang sewajarnya, wallhuallam

keempat, perihal lain lain.
hal kawan dan juga hal debat.
ramai juga kawan yang aku jumpa dan kenal ketika di um.
cina dan melayu khusunya. Alhamdulillah tidak ada masalah besar lagi.
semua baik baik. tak pernah lagi jumpa musuh atau pun dapat musuh. 
begaduh pun tak pernah lagi. syukur dapat kenal orang yang baik-baik.

hal debat pula, Alhamdulillah masih sertai debat di UM.
suka sebab itu minat aku sejak kecil. tak kan senang senang aku tinggalkan dunia ini walapun banyak air mata yang tumpah kerana debat. 3 perkara mudah untuk aku mengalirkan air mata iaitu hal keluarga, hal dia, dan debat. pelikkan aku banyak menangis sebab debat. bukan sebab kalah, tapi banyak sebab kecewa dengan diri sendiri sebab tak buat yang terbaik. di UM ini alhamdulillah dapat senior yang supportive terutamanya coach yang sangat sporting dan memahami. tapi banyak juga aku kecewakan abang Azzairi sebab masih juga tak maju maju. abang adie banyak sangat bantu untuk aku semangat dan buat yang terbaik. abang adi adalah senior yang bertanggungjawab untuk membawa aku ke dunia debat UM. dia juga yang pertama yang bawa aku ke arena debat ipt senior. oh yaa,,Adam juga yang membawa aku ke tournament pertama aku. Kisah debat ini panjang ceritanya, tapi setakat ini aku hanya pernah ke suku akhir saja.
usaha masih belum cukup untuk menerjah ke semi final dan final terutamnya.
tapi aku akan terus usaha, hari itu debat perpaduan jujur aku kecewa dengan diri.
memang tak masuk team, aku tak kecewa dan tak kisah. cuma yang menjadi kekesalan sebab aku tak turun ke latihan langsung sebab terpaksa balik awal. cuma sempat tolong research untuk usul sahaja,
dan sangat menyesal menolak pelawaan adam utk sama sama ke Sabah menyokong dan membantu team UM.
jangan buat perangai ini lagi Syarifah. 


itu sahaja dari aku, panjang sangat entri ini. hehehe. maaf lah walau aku tahu mungkin tak ada orang membacanya, tak mengapa yang penting ada juga coretan rumusan mengenai hidup ku sepanjang tahun pertama di UM. 



No comments:

Post a Comment