Monday, 24 November 2014

FAKTA DAN MITOS TENTANG KAHWIN MUDA

Husband.. abang memang kuat mampu angkat saya! 


Assalamuaalikum dan salam sejahtera. Hati rasa tergerak nak tulis dan berkongsi pengalaman dan pendapat peribadi berkenaan isu kahwin muda.

Rasanya, aku pilih tajuk ni sebab sekrang musim orang kahwin dan sekarang musim budak umur lebih kurang aku dok sibuk update “ siapa imam ku”, “siapakah pemilik tulang rusuk kiriku”, “ bila aku nak macam dia” (refer kepada orang yang dah kahwin) and “mencari bakal zauj dan zaujahku” and so many ewww ewww post yang selalu kita Nampak kat fb, twitter, we chat dsb.

Aku pulak, dah hampir empat bulan berkahwin, dengan suamiku. Alhamdullilah. Aku berkahwin pada usia 21 tahun dan sambil tu tengah nak habiskan degree in law kat UM. Dalam masa yang sama aku tak duduk kat rumah, tapi decide untuk duduk kat kolej dengan hajat nak focus study kata kau.. so hanya balik hujung minggu ke rumah suami..  sedikit tentang aku lah.

Sekarang berbalik kepada tujuan asal. Perkara yang tak semua orang tahu pasal kahwin muda dan perkara yang selalu orang buat generalisasi mudah tentng kahwin mudah. Ini berdasarkan pengalaman aku dan juga melalui pemerhatian, pembacaan dan pendengaran.

1.    KAHWIN MUDA SEBAB GATAL

Terus-terang aku selalu dengar kenyataan macam ni dari mak cik-mak cik or orang yang lebih tua. Kasarkan. Haih. Betul ke orang yang kahwin muda sebab gatal? Bagi aku kalau orang tu gatal sangat, buat ape mereka pilih jalan untuk berkahwin  which lebih susah. Biasanya orang gatal tak pilih kahwin, mereka pilih BERZINA.

Sebenarnya, salah satu sebab mereka yang memilih untuk kahwin muda adalah nak nak ikut sunnah. Macam aku, husband yang nak kahwin pada umur 25 tahun dan dalam masa yang sama dia jumpa aku so kami kahwin sebab pada asasnya husband nak kahwin pada umur 25 tahun ikut Nabi S.A.W. Dalam masa yang sama aku rasakan, aku bersedia untuk berkahwin dalam usia muda sebab aku yakin suami aku dapat bimbing dan jaga aku. Malah dalam hadis pun ada menyebut ;

“Apabila datang (meminang) kepadamu orang yang kamu redha agamanya dan akhlaknya maka kahwinilah ia. Jika tidak engkau perbuat (demikian), akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang luas.” – (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

Jadi, moral of the story orang yang kahwin muda bukan sebab gatal. Al Quran dan Hadis banyak menggalakkan kahwin muda atas sebab yang jauh lebih baik. kalau ada orang mengata korang yang nak kahwin muda, kau senyum sambi membalas, hai kak, tak baca quran ngan hadis ke? (kalau berani) 


2.    BILA KAHWIN MUDA, BERHENTI BELAJAR

Ni funny weh. Serius, aku pernah dapat tau komen cam ni. Lawak wehhh. Mungkin ya mungkin tidak. Bergantung kepada tuan punya badan dan pasangannya. Sebenarnya ramai je yang kahwin muda dan teruskan belajar. Malah ramai pasangan kahwin muda or orang yang kahwin muda excel dalam pelajaran dia. Pengalaman aku pulak abah memang dah pesan kat suami aku seawal perancangan untuk berkahwin - mesti make sure aku habis belajar walaupun dah kahwin. Sebab apa-apa pun nak buat, pelajaran tu penting. Ilmu akan membezakan kau dan bagi add on values kat diri kau. 

Pendapat aku pulak, walaupun kau kahwin, tak semestinya kau tak boleh nak belajar or buat benda lain. Mungkin ada kekangan dari segi masa dan tanggung jawab but jangan jadikan perkahwinan sebagai penghalang untuk kau dapat segulung ijazah.. J Cadangan aku pasal hal ni especially yang sorang tu tengah belajar,lagi sorang bekerja adalah buat lah perjanjian sebelum berkahwin mengenai status kau sebagai pelajar and what will happen next.

bila dah kawin i must admit, memang waktu aku bersama kawan dan buat aktiviti dalam universiti lebih terhad. setiap kali weekends bermula hari jumaat, habis kelas memang aku akan balik ke rumah suami. Prinsip aku, bila weekends, aku adalah student biasa tapi bila weekends aku akan jadi isteri sepenuh masa untuk suami. Sebelum kahwin aku aktif join debat sana sini, join aktiviti fakulti, spend time dengan kawan, pegi jumpa kawan n tidur dekat tempat diorng. but bila kahwin, weekends memang masa aku dengan suami.

sebab apa? Sebab kau bayangkanlah aku hanya ada weekends untuk jumpa dengan suami. Aku tak dapat tengok muka suami hari-hari, tak dapat masak untuk suami hari-hari. Suami aku dah tetapkan yang hari biasa aku kena belajar, tak boleh sesuka hati rasa nak balik melainkan aku ada masalah contohnya macam sakit.  memang ade je orang mengata kau sikit-sikit ngan suami, hujung minggu tak boleh kacau langsung. ahahha

jawapan aku mudah je.First, biarlah aku nak jumpa suami aku sebab itu SUAMI aku yang sah. Kedua, kau bayangkan orang yang BERCINTA dalam kampus boleh jumpa hari-hari. aku yang dah kahwin kena jugak tunggu hujung minggu nak jumpa. how sad is that? :(

Biasanya yang cakap macam ni belum merasa lagi hidup ada tanggungjawab or tak rasa nak pegang tanggungjawab sebagai ISTERI/SUAMI.


nasihat aku untuk yang belum kahwin dan tak rasa nak kahwin. jangan suka nak mengata orang, kalau kau tak pernah tahu and rasa apa itu tanggungjawab or apa itu perkahwinan jarak jauh. sebab nanti dah kena baru kau tahu peritnya kehidupan. agituu. :P 

nasihat aku untuk yang bakal berkahwin or rasa macam nak kahwin: doa banyak-banyak kat Allah. minta urusan dipermudahkan, mak ayah lembut hati nak terima cadangan kau. kalau sedih tak payah hanya meroyan di twitter atau fb tapi meroyanlah di tikar sejadah di sepertiga malam. ecehh.. stick to your Principe and what you believe. banyakkan membaca tentang kelebihan kahwin muda dan study lah pasal hal kahwin ni. jangan ingat kahwin ni mudah. sebab bila kahwin banyak tanggung jawab yang perlu kau galas especially lelaki. hihihihi. kena cekal hati and dare to do what you believe. jangan bila orang dah mengata kau nak lemah semangat pulak.. kuat dan laluinya dengan tabah.


Good luck.. sekian sesi #BilaKakPahBerbicara 

Sunday, 2 November 2014

Gamat Bersihkan Alam Sekitar?


Tahukah anda?
gamat yang selalaunya anda gunakan sbg pengubat luka dan bahan kecantikan sebenarnya membersihkan alam sekitar?
bagaimana?1. gamat jenis synaptid membantu membersihkan bahagian atas pasir2. sesetengah gamat menggali dan meletakkan oxygen supaya kerangan atau hidupan dalam pasir dapat hidup walaupun di permukaan bawah3. proses ini sebenarnya membantu dalam kitaran hidupan marin di dasar laut.


Jadi hargailah hidupan laut seperti gamat, sebab sebenarnya menurut laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia, gamat di Langkawi hampir kepupusan disebabkan sikap tidak bertanggungjawab manusi yang mencemarkan alam sekitar..