Monday, 15 June 2015

MISI PRE RAMADHAN: MENCARI SALAH SENDIRI


assalamuaalikum..
Lumrah kehidupan manusia, suka mencari kesalahan orang, memburukkan orang, mencari kelemahan manusia. Tapi jarang-jarang sekali manusia (termasuklah empunya diri) mencari kesalahan diri..


Self-reflection or muhasabah diri salah satu perkara yang crucial untuk menjadikan kita lebih baik..
Thus, why not, list out semua kesalahan diri and kaedah or you inisiatif untuk mengubah keadaan tersebut. jangan sibuk mencari salah orang, sebab kau bukan sesiapa. This i would normally do bila ada rasa sakit hati or tak puas hati dengan orang. Normallah manusia, ada je tendency untuk mencari salah orang.. tapi tanggungjawab kita juga mengawalnya. At the end of the day, tak perlu judge orang, sebab perkara ni buat kita jadi negatif. Fikir positif then you can have a better day and a better life.

1. I always procrastinate. 
Aku selalu bertangguh bila nak buat sesuatu. Ini salah sendiri. tak payah nak salahkan setan dsbnya. Sebab kalau aku disiplin, perkara ini takkan terjadi. Banyak perkara yang aku seseli sebab bertangguh. Jadi how to overcome? kebiasannya i will push myself, takkan berhenti bila dah start buat kerja. Contohnya, kalau nak mengemas rumah, aku akan terus buat kerja lain, basuh baju, lipat baju, memasak, mop lantai, sapu lantai. Tanpa berhenti, sebabnya bila dah berhenti nanti akan malas nak sambung balik..

2. I am not good with controlling my emotions.
Perangai yang satu ni orang terdekat faham lah. Especially my husband. ahahah Bila dah marah kat sesorang or sesuatu perkara biasanya aku akan lepaskan dengan cara membebel dan mengeluh.. Tapi tak jerit-jerit or menengking lah sebab aku mmg tak suka lahh orang jerit2 marah kan aku ke sesiapa ke. Its annoying bingit. Tak suka benda yang bising..  So biasanya kalau nak elakkan aku marah-marah tak tentu pasal, bercakap tanpa berfikir aku akan diam je.. Marah kat orang tapi diam je.. Means sgt marah.. Sebab biasanya bila dah marah ni aku akan cakap benda yang menyakitkan hati which aku tak maksudkan pun.

3. Perangai jenis nak menang
You know what perangai ni bagus if aku dah jadi lawyer yang nak menang kat court. But this is not good in relationship - suami isteri, adik beradik dan kawan-kawan. Actually ni antara perangai susah nak ubah lah.. Sebab i jenis yang terlalu strict bila dah ada sesuatu opinion. Contohnya pasal sesuatu isu kan,, i will always have my stand, the way i think biasanya lain daripada suami. So i will fight just to win my stand,. Ahahahah antara punca bergaduh lah ni. sebab perangai ni..cara nak ubah, ermm i still trying really hard sebab i selalu tak sedar bila buat perangai ni.. Kena orang bagitahu baru sedar. So mungkin kaedah mengatasi sama dengan perkara di atas lah kot. Diam lahh.. 

4. Low self confidence
This is true. At one point, i dont want to go out sebab rasa tak konfiden nak berjumpa dengan orang. Selalu rasa diri ni macam tah pape nak compare dengan orang lain. Rasa diri tak cantik, rasa diri ni gemuk n rasa diri ni tak reti bergaul dan bersosial. Ramai salah sangka yang aku ni sombong,Actually i am introvert, aku takut nak tegur orang, aku takut nak pandang mata orang bila berbual. Macam mana nak overcome? Perangai ni jadi sebab i am lack of sense of fashion, aku tak reti bergaya, so kalau nak keluar rumah i will take some time untuk bersiap-siap. Nak buat diri lebih konfiden, lagi satu aku jadi tak konfiden bila paki spec, so caranya bila nk keluar biasanya aku pakai contact lens n make up sikit. Tang gemuk tu caranya jaga makan n exercise lah. Tu je caranyaa kot.


Nanti sambung lagi.. untuk menjadi lebih baik, kita kena sedar kelemahan diri dan berusaha mengubahnya dengan istiqamah, :)