Thursday, 19 July 2012

hadiah.


assalamuaalaikum dunia.
lama sungguh tidak mengupdate.
ape nak jadi tah wahai syarifah nur nadhilah. 
malas je keje anda. 
oke, post kali ni nak buat dalam bahasa ibunda. 
iyaaa, bahasa ibunda. nak menggilap semula kemahiran menulis aku yang semakin karat,.
masalah nya sekarang kedua-du bahasa pun aku memang bermasalah dalam penulisan.

kembali kepada topik.
hadiah? ohmaaii hadiah.. sukenyeww titeww..
seronok kan dengar?
aku pun suka.
sebenarnya aku nak share pasal hadiah.
hadiah ni orang kasi sebab sesuatu hal contohnya hari lahir, dapat keputusan yang cemerlang.
ade juga bagi untuk orang kawen, orang tunang, dapat baby. 

bercakap pasal hadiah, aku rasa mostly parents akan menjanjikan hadiah if anak dia dapat result yang cemerlang kan dalam exam? contohnya "kalo dapat 4 rata daddy kasi awak iPhong 5."
lalu si anak pun mula bertungkus-lumus untuk belajar sebab nak iPhong 5 itu.
selalu kan situasi ini berlaku.

emm,, i tell you what. ini memang one of the method yang berkesan la untuk menyuruh anak itu belajar but the thing is, semuanya berbalik kepada perkara asas.
kita sebagai anak kan, memang la nak adiah tu, but at the same time, 
kita tak boleh lupa yang kita belajar haruslah ikhlas semata-mata Allah taala.
bukan sebab nak adiah.

bercerita dari pengalaman sendiri. my umi and abah tak pernah ajar aku dan adik-beradik macam tu.
both of them memang tak pernah la menjanjikan ganjaran langsung.
dari aku upsr dapat 5A dan sampai la asasi dapat 4 rata aku tak pernah dapat hadiah.
sebab dulu ade je la aku mintak sebab jeles kot tengok kawan-kawan dapat adiah dari parents mereka sebab dapat result yang oke, but then abah aku cakap cam ni je.. yang selama ni duit belanja, duit makan, duit beli baju tu ape? bukan hadiah ke?
sentap terus i uolss.. that's why la i memang tak de dah nak mintak2 bila aku dapat result excellence macam mana pun. semua benda yang berbentuk kehendak perlu dibeli menggunakan duit sendiri.
itu method yang abah and umi guna untuk aku dan adik beradik/

maka di sini aku nak berkongsi la.. hadiah tu mungkin la pembakar semangat.
hadiah tu jugak mungkin membawa kegembiraan.
tapi ingatlah, kita bila nak buat sesuatu tu, biar ikhlas.
niat sebab nak redha Allah, bukan sebab nak ganjaran yang berbentuk kebendaan.
best kot dapat iPhonge.. i nak satu!

tapi aku tak nafikan kebaikan hadiah ni.
sape tak suke kan? aku pun suka.
penipu la sape tak suka hadiah.
sedangkan kera pun suka bunga, ahaha

hadis Rasulullah pun menggalakkan kita memberi hadiah.
jadi memang tak salah la kalo ayah tu bagi ganjaran kat ank selepas dah buat yang terbaik dalam peperiksaan..

Hadis yang berkaitan dengan galakan supaya saling memberi hadiah;

وقال (صلى الله علية وسلم) "تهادوا تحابوا
bermaksud: Sabda Rasulullah SAW: Saling memberi hadiahlah antara kamu, nescaya kamu akan berkasih sayang.

 adalah lebih baik jika pemberiaan itu diberi dengan penuh keikhlasan kerana Allah.
kan? kita hidup ni sementara. hidup nak cari redha Allah bukan nak bejimba-jimba.

in a nut shell, aku bersetuju je denga method memberi hadiah sebagai ganjaran but ade lah conditions nye. contohnya, janganlah sampai umpan orang untuk buat sesuatu untuk hadiah tapi galakkan orang buat sesuatu sebab Allah. then hadiah itu sebagai penambah rasa je. bukan perkara wajib.

itu saja dari aku, salam ramadhan Al-mubarak.. jom imarahkan bulan yang mulia!:) 

p/s i dapat sambung law kat um bulan 9 ni. doakan yang terbaik..:) nak adiah! hahaa

No comments:

Post a Comment